HomeContact UsKenali KamiStore Online

 

Buku Baru

Rakan Perniagaan

Artikel

Peperiksaan SPM

Lesson Plan

Arkib Buku

Download

 

 

________________________________________________________

 

 

 

 

Buku Tasawwur Islam

terbitan baru kulit ke7.

 

 

 

 

 

Kami telah menerbitkan buku Revisi Syumul Tasawwur Islam SPM pada bulan Mac 2007. Buku ini merupakan buku rujukan bagi matapelajaran Tasawwur Islam untuk peperiksaan SPM. Edisi kali ini merupakan edisi yang ke7 sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1994.

 

Penerbitan edisi kali ini adalah mengambil kira perubahan sukatan pelajaran Tasawwur Islam, perubahan soalan, dan strategi peperiksaan. Justeru itu beberapa perubahan telah dilakukan untuk memenuhi keperluan tersebut. Isi kandungan telah ditambah dan dibaiki untuk memberi persembahan yang lebih menarik. Manakala setting dan layout telah dipercantikkan agar para pelajar seronok ketika membacanya. Kulit depan dan belakang juga di design semula sesuai dengan perkembangan semasa.

 

Perubahan ini dilakukan supaya pelajar dapat menggunakan buku ini dengan lebih maksimum bagi persediaan menghadapi peperiksaan kelak. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh negara dengan harga RM14.80.

 

 

 

 

 

Buku Pendidikan Al-Quran dan

As-Sunnah terbitan terbaru.

 

 

 

 

 

 

Buku Revisi Studi Syumul Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ini ditulis semula berdasarkan siri buku Soal Jawab Lengkap Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh pelajar yang mengambil pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Sunnah dalam peperiksaan SPM.

 

Buku yang mempunyai halaman 400 muka surat ini dan bertulisan rumi diterbitkan pada tahun 2006. Penerbitan buku ini telah diperkemas dan dimantapkan daripada siri-siri yang lalu bertujuan untuk memudahkan para pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM.

 

Kandungan buku ini diolah dan dirancang dengan begitu cermat dan teliti berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah yang terkini semakan semula. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara dengan harga RM18.8

[Back to top]

 


 

Copyright© mediajaya 2007-2009

powered by  mediajaya.my

 

Page generated in: 0.0884819030762 sec.